anda tanya kami jawab

Soalan yang kerap di terima daripada pelanggan :
Harga pemasangan kabinet.
– Kos pemasangan kabinet bergantung kepada saiz seperti tinggi dan panjang kabinet serta material kabinet.
– Kebiasaan kos pemasangan kabinet dapur bagi sebuah rumah banglow, antara RM4XXX.00 sehingga RM2XXXX.00.

Jenis material yg digunakan untuk pemasangan kabinet dapur?
-4G
-3G
-Aluminium Glass
-Arylic
-Melamine
-Formica
-Nyatoh

Tempoh pemasangan?
– Proses pembinaan kabinet di kilang selama 3 minggu.(bergantung kepada pemilihan material)
– Proses pemasangan kabinet di kediaman pelanggan selama 1 hingga 7 hari. (bergantung kepada keluasan)
– biasanya proses pemasangan kabinet akan siap dalam tempoh 3 minggu hingga 1 bulan dari tempoh pembayaran deposit.

jika sekiranya setelah kerja-kerja pengukuran, design dan sebut harga dikeluarkan. Anda tidak bersetuju/ membatalkan tempahan (sebelum pembayaran deposit). Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran.Kerana pihak kami menganggap REZEKI ITU MILIK ALLAH S.W.T.